Sunday 20 July 2014

GADJET YANG PERLU ADA UNTUK MISI MENGUMPUL EBM..!!!

(A) PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU
 
1. BREASTPUMP :
  • Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian & keperluan)
  • Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan..
  • Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir
 
1. STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :
  • Pastikan dalam keadaan bersih & kering
  • Pilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)     
Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag & icepack yg telah dibekukan (jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk)  
 
 
   
(B) APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?
 
1. Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-
  • Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi pertama)
  • Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh)
 
 
2. Jika berada di pejabat :-
  • Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yg telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.
  • Corong & peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi. Boleh terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas yang bersih & simpan dalam keadaan bertutup di dalam freezer. Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah.
 
 
 
3. Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin ;-
  • Anda boleh terus simpan stok ke dalam chiller & seterusnya freezer untuk dibekukan.
  • Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat.
  • Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.
NOTA PENTING :-
# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik. Bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond sehingga 6-8jam & hendaklah pastikan aircond sentiasa di pasang.
# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama.
Contohnya : 
~ sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack,
~ sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik.
Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam.
 
(C) APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?
 
1. Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM). Stok untuk digunakan esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam freezer.
 
2. Pastikan susu yang disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.
 
3. Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.
 
4. Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok.

Tuesday 3 June 2014

BERAPA JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN OLEH SEORANG BAYI YANG BARU DILAHIRKAN?

Buat yang pertama kali menjadi ibu terutamanya.. Usah gusar untuk BF baby. Ketahuilah size perut anak syurga kita ketika baru lahir hanyalah sebesar biji guli. Jadi berapa banyak jumlah susu yang diperlukan?
 
Ummi juga melalui kesukaran yang sama ketika melahirkan anakanda Afina. Sering kali risau & gusar memikirkan.. Kenyangkah anak aku? Cukup tak susu ni?
 
Paling penting, ibu jangan stress. Bila ibu berada dalam keadaan tekanan, maka 'production' susu mungkin akan terganggu. Ubah minda.. Fikir yang positif. InsyaAllah ada rezeki untuk anak syurga kita.
 


 

Saturday 10 May 2014

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU (EBM)

Salam ceria! Hari ni ummi nak berkongsi tentang cara pengendalian EBM. Tak susah pun. Cuma ibu-ibu (dan bapa juga) perlu fahami cara nya langkah demi langkah. Jom kita mentelaah!

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN :

1. EBM : expressed breast milk
2. FROZEN EBM : susu ibu beku
3. CHILLED EBM : chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan)

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.
1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman.
1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.
1.4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.
1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip
1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja.
1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.4

NOTA PENTING :
~ FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan
~ FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan
~ CHILED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan
~ EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula

2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

2.1 Setelah mengikuti langkah 1.4, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.
2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengikut jumlah sukatan yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
2.3  (Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer) Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.
2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur & suhu dapat diseratakan.
2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.
2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.

Nota PENTING :
-> Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam.
-> Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.
 -> Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave

TEMPOH HAYAT EBM


 Seperti dalam jadual.
 

Tuesday 1 April 2014

Eczema

Anakanda abi ummi kena eczema. Sejak berusia 2 bulan. Kini usia Afina hampir 4 bulan. Bermakna hampir 2 bulan Afina sudah mengalami eczema. Menurut Dr. Fahmi dari Poliklinik Ar-Razi, Afina mengalami Atopic Dermatitis..type of eczema. Berpunca dari darah.. Sebab background parents ada history resdung, asma..dll. Benda ni boleh kena pada sesiapa pun. Sebab faktor sejarah keluarga. Cuma cepat atau lambat jer muncul. Nak jadi 'rezeki' Afina..dia kena sejak dari berusia 2 bulan. :-)
 
Permulaan Afina kena di pipi. Kata orang tua-tua..'ruam susu'. Abi ummi ingat betullah ruam susu.. Tapi makin lama makin merah. Pipinya jadi makin keras. Kadang berair. Keadaan semakin buruk selepas dapatkan rawatan di sebuah klinik. Doktor yang kurang arif tentang kanak-kanak (mungkin) & kekhilafan kami juga kerana tidak mendapatkan rawatan terus dengan pakar kanak-kanak. Walhal sedia maklum, kulit baby tersangat sensitif. Pertama kali Afina berada dalam keadaan 'kurang sihat' seperti ini. Mungkin kami terlebih nervous. Huhu..
 
*gambar ehsan google
(lebih kurang macam ni la pipi Afina dulu..merah, berair..)
 
Selepas sekali dua kami menggunakan krim yang dibekalkan..melihat keadaan Afina yang semakin teruk, serta merta kami stop guna krim tersebut. Risau!. Kemudian kami mendapatkan rawatan di Pakar Kanak-kanak. Pelbagai krim dibekalkan. Ummi disuruh pantang pelbagai..(majoriti kena pantang). Sebab Afina BF (breastfeed). Ummi turutkan. Tapi keadaan Afina tetap sama. Malah semakin bertambah ruam merahnya..di leher pulak. :-( Dalam masa yang sama, kepala Afina dipenuh dengan kerak kepala (kata orang tua-tua). Macam berkuping-kuping. Makin di cuci, makin banyak keluarnya.
 
Krim dari Pakar kanak-kanak juga tidak berapa sesuai dan serasi dengan Afina. Kami stop lagi! Dalam masa yang sama..ikhtiar pelbagai macam cara lain. Ada yang suruh sapu madu..tepung ubi..bedak sejuk.. Segalanya kami ikhtiar demi mengurangkan kesakitan anakanda tercinta. :-(
 
Selepas hampir sebulan, Allah ketemukan kami dengan Dr. Fahmi. Alhamdulillah, dengan izin-Nya..menggunakan krim-krim, sabun, mandian & antibiotik..keadaan Afina semakin ok. Hebatnya kuasaMu Ya Allah :-) Dr. Fahmi meyakinkan kepada kami, supaya banyak bersabar. Kerana penyakit seperti ini memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh. Alhamdulillah, kami semakin jelas dengan apa yang sedang dialami oleh Afina.
 
Hampir 2 bulan Afina mengalami Atopic Dermatitis, alhamdulillah dengan izinNya keadaan Afina semakin ok. Allah nak kita usaha lebih kan? :-)
 
Alhamdulillah, Allah anugerahkan Afina kepada kami.. Afina tak pernah meragam dengan sakit yang di alaminya. Cuma meragam sebab kami terpaksa bedung tangannya hampir sepanjang masa. Bagi mengelakkan kulitnya kembali melecet. Alhamdulillah, Afina anak yang sangat kuat!
 
Terima kasih Ya Allah atas anugerah & ujian ini! :-)
 
Ada yang menegur ummi...'eh Afina nak fully BF, kenapa boleh kena eczema pulak?' (seolahnya, anak yang fully BF takkan kena penyakit apepun). Ummi hanya tersenyum. Malas nak berhujah panjang lebar. Siapa kita untuk menidakkan takdir Allah? :-)
 
 
Ummi.


Wednesday 19 March 2014

BF vs FM

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah di usia anakanda Afina 105 hari..masih lagi fully breastfeeding (bf). Doakan dengan izin Allah, agar Ummi mampu menyusukan Afina sehingga genap berusia 2 tahun atau lebih.. InsyaAllah aminnnn... Sesungguhnya perjalanan yang masih terlalu jauh. Semoga Allah izinkan Ummi merasai nikmat ini. Ya Allah, bantulah daku..
 
 
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
 
Bercerita tentang BF (breastfeeding) dan FM (formula milk) ni..macam-macam kisah sebenarnya. Selepas habis berpantang 40 hari (keluarga Ummi amalkan pantang 40 hari, ada yang 44 dll..wallahualam), keluarga Ummi mendesak supaya mula berikan FM kepada anakanda Afina. 'Senang nak mula kerja nanti..' Katanya..hehe..
 
Cabaran pertama yang Ummi hadapi ialah..selepas BF, Afina seolah-olah macam 'tak kenyang'. Sekejap je tidur. Tak lama terjaga sebab lapar. Ayat yang sampai ke telinga Ummi..'bagi susu tepung jer..susu badan memang tak kenyang..'. 'guna susu ni..susu ni bagus..ada macam2 zat..ect..(malas nak layan..huhu)'.  
 
Alhamdulillah, Ummi jenis keras hati. Tetap dengan pendirian nak fully BF selagi termampu & Allah izin.. Itu kan hak dia! Kenapa kita nak menidakkannya?? Allah.. :-(
 
Di peringkat awal, Ummi juga mengalami kesukaran seperti orang lain.. Nanti Ummi ceritakan lebih lanjut dalam entry akan datang ya.. ;-)
 
Berkaitan FM, yer Ummi paham & mengerti..tak semua orang mampu untuk menyusu hingga 2tahun. Mungkin ada masalah dari segi kesihatan, pekerjaan & lain-lain..yang mungkin di luar pemikiran kita. Yang tak terjangkau dek akal kita pun.. So mommies jangan cepat menuding jari kepada mommy yang bagi FM pada anakanda tercinta yer.. Rezeki anak kita yang masih fully BF ni pun belum tentu sampai bila kan. Kalau Allah nak tarik balik nikmat tu, sekelip mata je kan? Allah.. :-(
 
Cumanya berkaitan FM ni kan..yang Ummi perasan, media mengiklankan..banyak sangat3 berkaitan FM. FM ni bagus. FM tu kaya dgn nutrien itu ini..zat ini itu.. (kalau tengok betul-betul, boleh jatuh hati kot..huhu). Tapi mana iklan yang menunjukkan kehebatan BF??? Bukankah BF jauhhh lebih hebat dari FM?? Kenapa tak pernah ada iklan yang mengaggungkan BF?? Siapakah yang bertanggungjawab tentang ini?? Hmm.. (terlebih emo la pulak.. *sobsss*)
 
Ummi tidak menentang sepenuhnya FM pun. Cuma Ummi sangat3 mengharapkan media bersifat adil. Ada iklan tentang FM..perlu juga ada iklan tentang BF. Memanglah BF tak boleh dibeli dimana-mana seperti FM..huhu. Tapi kehebatan BF tu sendiri yang perlu dikongsi sebenarnyaaa...
 
Semoga Allah redha dengan setiap perbuatan & perlakuan kita. InsyaAllah Aminn Ya Rabb..
 
 
Ummi.


Monday 10 March 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah Allah izinkan untuk abi & ummi berkongsi kisah suka duka, perit jerih bersama permata anugerah Allah. Subhanallah indahnya ciptaan-Mu. Insyaallah sedikit sebanyak akan dikongsi bersama. Catatan juga bertujuan sebagai 'diari' buat kami sekeluarga. Mungkin juga bakal menjadi bahan tatapan anakanda tercinta suatu hari kelak. InsyaAllah.. Semoga Allah redha.

Salam ukhwah,
~ Abi
~ Ummi
~ Afina